.....lebih kurang lima puloh enam tahun dulu keluarga kami tinggal di sebuah perkampungan, rumah kampung berkembar, dalam satu bangunan ada lima buah yang dibahagikan, ada satu bilik dan satu dapur, ada dua bilik satu dapur, rata-rata penghuninya terdiri dari orang Melayu, Boyan dan Jawa, mereka ini kebanyakan berkerja di pengkalan RAAF Changi, sebagai tukang cat, pemandu kenderaan,tukang kebun , dobi dan pembantu tukang masak. Bapa saya seorang guru agama, kerja sendiri, mengajar dari rumah ke rumah, di Pulau Tekong, Pualu Ubin, Pulau Berani, Pasir Panjang, Changi, Teluk Kurau, Bedok, Padang Terbakar, Siglap, dan seminggu sekali di Johor Bharu, Kuala Sedeli, Kota Tinggi dan ...........merata, apabila diundang olih murid-muridnya. Saya telah dihantar bersekolah di Sekolah Melayu Tanah Merah Besar, yang terletak di Kuala Loyang,...pada masa itu sekolah ini menampung pelajar dari darjah satu hingga darjah tujuh, apa yang menarik di sekolah ini, ianya macam sekolah Melayu Kota Raja perpustakaannya, terdapat banyak buku-buku terjemahan seperti hakayat seribu satu malam, karangan-karangan agong William Shakespier, dicitak dalam tulisan jawi.Alhamdulillah, semasa berada di darjah enam saya telah membaca hampir 99 % buku-buku dalam perpustakaan tersebut. .......Oh ya, rakan-rakan sebaya dan sekampung, seperti Mahat Abu, Samat Abu, Ramli Sahlan, Nordin Sahlan, Zainal Abidin, Faridah Akmar, Halimah Cik Mat, Ghazali, Osman dan lain-lainnya menjadi rakan-rakan persekolahan yang mempunyai nestogia tersendiri, kerana selepas peperiksaan PSLE, kami semua meneruskan pelajaran sekolah menengah di sekolah-sekolah yang berbeza, walaupun tinggal dalam sebuah kampung berkongsi tandas, bilik mandi, dan air perigi. Perkampungan yang penuh dengan pokok-pokok kelapa yang tinggi, dan kadang-kadang ngeri. Itu lah Batu Sepuloh.....
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
