Friday, January 29, 2010
Saturday, January 23, 2010
.......apa soalannya?
Dua minggu lalu saya berada di Butterworth, sambung bicara, macam biasa defendan tak pernah hadir, kes seksyen 323 kanun keseksaan di PJ pun dia tak datang, dah empat kali, macamana nak buat?....lapurkan pada SPRM, kamar Penasihat Undang-Undang Negeri, Biro Pengaduan Awam, nak cukup asam dan garam lapurkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri....perangai anak-anak buahnya....Baru sampai di bilik 621, Hotel Sri Malaysia, ada panggilan masuk,.....tuan, saya nak minta tolong, saya masuk Islam, asas utama sebab nak khawin pemuda melayu, sepanjang perkhawinan tak pernah suami didik asas-asas agama dan kewajipan-kewajipan yang sepatutnya saya lakukan, tetapi yang anihnya suami minta percerian seksyen 47, persetujuan bersama dengan alasan Isteri, tak solat, tak puasa, dan tidak menjalankan tuntutan agama Islam seperti yang dituntut!....ha, mahkamah luluskan permohonan cerai tersebut, saya dah buntu, tiada sanak saudara yang nak terima saya, saya mohon keluar Islam, Mahkamah perintah saya hendaklah kekal dalam agama Islam, boleh saya failkan rayuan,.....tuan, ayah saya ada buat surat wasiat, dia wakafkan sebahagian harta untuk masa tertentu, dan sebahagian lagi untuk kegunaan saya, dan sebahagian lagi setelah tamat tempoh, harta tersebut hendaklah dipulangkan kepada saya sebagai pewaris tunggal, malangnya tanah-tanah tersebut telah dibangunkan dengan pembinaan kondo, tanpa kebenaran saya!, apa patut saya lakukan?.......tuan, saya dah ceraikan isteri saya mengikut seksyen 47, beberapa hari lepas, saya terima saman, nafkah iddah, mut'ah, harta sepncarian dengan berbagai tuduhan... antaranya saya kaki minum, kaki botol, mabuk sampai masuk parit!...wah..wah..siapa cipta fakta tu? suruh dia kompul botol-botol tu bawa ke mahkamah!......tuan, saya baru berkenalan dengan seorang gadis, perkenalan ini membuahkan satu cinta baru, macamana saya nak buat permohonan berpoligami?......tuan, saya telah bernikah di sebuah hotel, juru nikah dari sempadan sebelah utara, hotel tu dalam kuala lumpur, nikah pakai wali hakim, wali-wali mujbir dan akrab tak di beri tahu, boleh ke saya nak daftarkan pernikahan saya ini? macamana ye?
apa soalan anda....
Sepanjang bulan Januari 2010, ramai yang menalipon saya, katanya, tuan isteri saya bawa lari anak, dia kata nak ambil anak untuk bercuti, tetapi sehingga sekolah di buka anak tidak dipulangkan, .....tuan suami saya bawa lari anak, dia kata nak uruskan hal-hal naik tahun persekolahan, yuran, buku, pakaian dan lain-lain, adoi, sampai sekolah dah di buka anak-anak tidak dikembalikan,....tuan, suami saya melakukan kekerasan, memaksa saya "make love", payu daya saya diramas sampai lebam dan leher saya di cekik sahingga tidak bernafas, hampir-hampir maut,..saya tanya beliau kenapa? suami saya dapat saman tuntutan cerai secara fasakh yang telah saya failkan.......tuan, suami saya telah menghilangkan diri melebihi tujuh tahun tanpa nafkah buat saya.....tuan, isteri saya ada boy friend, kata pergi out station, out station di Cameron Highland,.....tuan, suami telah menceraikan saya melalui SMS, tahun 2007, tolong pujuk suami untuk rujuk semula!, tuan, minta tolong, saya dah failkan kes pengesahan lafaz cerai, saya kata pada isteri saya " kalau macam ini kita divorce,...tuan, minggu depan saya akan di dakwa, tuduhan mengajar tanpa tauliah, .....tuan, tarikh bicara telah ditetapkan, hadir atau tidak mahkamah akan bersidang, ....puan tolong hadir ke mahkamah, dokumen saya e-mail dan fax, tunggu punya tunggu Hakim tidak dapat hadir kerana ada kursus, la..kenapa tidak maklumkan lebih awal......tuan, arwah suami saya menceraikan saya, berjanji nak rujuk balik ,rupanya dia khawin lain, semasa perceraian tiada nafkah iddah, tiada Mut'ah, tiada harta sepencarian, boleh ke saya menuntut hak saya,.......tuan, atas kelakuan curang dan derhaka saya ceraikan ister saya dengan kebenaran mahkamah, dia tulis surat perjanjian tidak akan buat apa-apa tuntutan, tiba-tiba saya dapat saman tuntutan muta'ah RM 190,000.00..macamana ni......tuan, dalam tempuh perkhawinan suami beli kereta, daftar atas nama saya, bila dah bercerai, suami bawa sama dokumen, hutang masih banyak RM 130,000.00, macam mana kalau dia tak bayar? macam mana saya nak seselaikan perkara ini.......tuan, suami saya kerja tidak menentu, makan minum, sewa rumah, bil-bil air, api, telepon, ansuran rumah dan lain-lain semua saya yang tanggung,anak tiri saya belajar dan berkhawin pun saya kena tanggung....saya dah tak larat menanggung derita ini. ...tuan, suami dah bakar semua dokumen perkhawinan kami, kami dah tidak tinggal bersama, macamana saya nak buat permohonan cerai,.....{ komen: apa yang puan dapat dari kursus perkhawinan?}
Subscribe to:
Posts (Atom)
